Rabu, 15 April 2009

HARI INI : ANTARA POLITIK DENGAN AGAMA

Lama aku tak menjengah ke blog aku ni. Terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti serta program-program untuk para belia dan beliawanis negara.

Namun begitu aku tidaklah memekakkan telinga atau membutakan mata terhadap senario politik negara kebelakangan ni. Macam-macam yang pelik melik yang entah apa-apa entah.

Cuma yang aku tertanya-tanya pada orang-orang kita, MELAYU, apakah 'anutan' kita yang sebenarnya hari ni? Adakah Parti Politik atau Islam?

Kenapa aku terpikir begitu?

Cuba kita tengok, orang Melayu hari ini lebih sanggup 'berperang' demi mempertahankan anutan Politik masing-masing tapi berdiam diri bila Agama Islam dipermain-main, diperkecil, diperlekeh dan sebagainya.

Andainya ada yang melukis di atas kertas Wajah Allah S.W.T dan menyatakan itulah rupa tuhan kita, rasanya tak berapa kerat yang sanggup berperang tapi jika Bendera Parti Politik di usik, wah, bukan main hebat perangnya.

Jadi, di mana pegangan kita yang sebenarnya?

Renung-renungkanlah wahai umat Muhammad S.A.W.

2 ulasan:

MrsMama berkata...

Ntah...malas nak pikir pasal dorang. Usik bendera sikit dah cam nak mampus....macam orang usik bini or laki dia jer. Alah...jadi cam tu sebab kengkonon parti tu bole tolong jawab seksa kubur kot.Kita pikir hal kita lagi syiok.

Hasrul Halid berkata...

hehe! 'manusia extreme' tu diserang penyakit GILA BABI.

Bukan yang memperjuangkan Islam (kononnya) aja macam tu, yang memperjuangkan melayu pun 'sama naik'!