Ahad, 19 April 2009

SATU MALAYSIA

Sejak Y.A.B. Dato' Seri PM baru kita ni naik, maka berkumandanglah slogan baru. Satu Malaysia atau 1 Malaysia. Bila sebut saja 1 Malaysia, maka aku terkenang balik zaman sekolah menengah aku dulu.

Pada pendapat aku, slogan ni boleh berjaya tapi perlu diterapkan seawal di bangku sekolah. Apa-apa pun dasar yang nak dibuat kepada rakyat Malaysia ni, aku rasa perlu dimulakan di sekolah sebab...bila dah keluar dari sekolah tak adalah diorang ni bawa dasar dan ideologi masing-masing.

Di sekolah aku dulu, (aku bersekolah di Kamunting, Perak. dolu-dolu masa tahun 1990an cuma ada 1 sekolah menengah kebangsaan je di Kamunting) meriah. Ada Melayu, Cina dan India. Lain-lain pun ada dari Sbah dan Sarawak tapi tak ramai. Kebanyakannya anak askar.

Kami bebas bergaul tanpa ada puak. Tak macam sekarang, hambar. Dulu aku join 1 badan beruniform-St. John Ambulans Malaysia. Nama macam nama gereja tapi tak ada pun paderi. Unit ni dikelola oleh seorang guru penasihat berbangsa cina dan seorang pegawai turus kawasan berbangsa India dan ajk-ajk adalah berbilang bangsa daripada kalangan aku dan kawan-kawan.

Ketua kami masa tu adalah sahabat merangkap saudara aku yang baru-baru ni pada 17 April 2009 telah ditemuramah dalam rancangan Blog@1 anjuran RTM. Memang berkaliber dan bertokoh dia dari dulu-dulu kala lagi.

Jadi, apa yang menariknya di zaman sekolah aku tu tak ada mana-mana kaum mendominasi kaum lain. Kami bermain bersama, belajar bersama dan buat aktiviti bersama. Malah kami bersaing secara sihat dalam pelajaran. Dan ironinya semangat itulah yang aku bawa hingga sekarang.

Masa itu memang nampak jelas Satu Malaysia tapi sepuluh tahun selepas aku tinggalkan alam persekolahan, aku lihat Malaysia ni dah jadi macam-macam. Pada pandangan dan pengamatan aku, suasana politik yang menyumbang kepada perubahan slogan tersebut.

Apa pun, aku rindu pada Satu Malaysia versi 90an.

Rabu, 15 April 2009

HARI INI : ANTARA POLITIK DENGAN AGAMA

Lama aku tak menjengah ke blog aku ni. Terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti serta program-program untuk para belia dan beliawanis negara.

Namun begitu aku tidaklah memekakkan telinga atau membutakan mata terhadap senario politik negara kebelakangan ni. Macam-macam yang pelik melik yang entah apa-apa entah.

Cuma yang aku tertanya-tanya pada orang-orang kita, MELAYU, apakah 'anutan' kita yang sebenarnya hari ni? Adakah Parti Politik atau Islam?

Kenapa aku terpikir begitu?

Cuba kita tengok, orang Melayu hari ini lebih sanggup 'berperang' demi mempertahankan anutan Politik masing-masing tapi berdiam diri bila Agama Islam dipermain-main, diperkecil, diperlekeh dan sebagainya.

Andainya ada yang melukis di atas kertas Wajah Allah S.W.T dan menyatakan itulah rupa tuhan kita, rasanya tak berapa kerat yang sanggup berperang tapi jika Bendera Parti Politik di usik, wah, bukan main hebat perangnya.

Jadi, di mana pegangan kita yang sebenarnya?

Renung-renungkanlah wahai umat Muhammad S.A.W.