Khamis, 25 September 2008

SUMBANGAN SEORANG PEROKOK KEPADA RAKYAT PALESTIN

Saya ingin berkongsi tazkirah ketika menunaikan solat sunat tarawih malam semalam. Semoga menjadi renungan buat kita.


Ustaz yang menyampaikan tazkirah berkenaan telah menyentuh berkenaan rokok dan menyatakan bahawa para muslimin yang merokok telah secara tidak sedar menjadi penyumbang kepada kekejaman rejim israel terhadap rakyat palestin yang mana 17% daripada harga rokok yang dibayar disalurkan kepada rejim tersebut dan wang tersebut digunakan untuk melengkapkan pesenjataan mereka untuk membunuh umat islam di palestin.


Tidak kita nafikan bahawa Yahudi adalah antara bangsa yang cukup cerdik dalam memanipulasikan apa sahaja demi kepentingan mereka. Maka dalam hal di palestin, mereka tidak menggunakan wang mereka untuk melakukan kekejaman sebaliknya menggunakan wang yang disumbangkan oleh perokok-perokok melalui syarikat-syarikat rokok yang dikuasai mereka.


Setiap butir peluru yang dilepaskan kepada rakyat palestin adalah hasil daripada pembiayaan kita kaum muslimin sendiri. Maka renungkanlah seketika andainya kita salah seorang daripada perokok...

1 ulasan:

hazila berkata...

tahniah kerana anda tidak merokok!!! (yer ker???)