Ahad, 19 April 2009

SATU MALAYSIA

Sejak Y.A.B. Dato' Seri PM baru kita ni naik, maka berkumandanglah slogan baru. Satu Malaysia atau 1 Malaysia. Bila sebut saja 1 Malaysia, maka aku terkenang balik zaman sekolah menengah aku dulu.

Pada pendapat aku, slogan ni boleh berjaya tapi perlu diterapkan seawal di bangku sekolah. Apa-apa pun dasar yang nak dibuat kepada rakyat Malaysia ni, aku rasa perlu dimulakan di sekolah sebab...bila dah keluar dari sekolah tak adalah diorang ni bawa dasar dan ideologi masing-masing.

Di sekolah aku dulu, (aku bersekolah di Kamunting, Perak. dolu-dolu masa tahun 1990an cuma ada 1 sekolah menengah kebangsaan je di Kamunting) meriah. Ada Melayu, Cina dan India. Lain-lain pun ada dari Sbah dan Sarawak tapi tak ramai. Kebanyakannya anak askar.

Kami bebas bergaul tanpa ada puak. Tak macam sekarang, hambar. Dulu aku join 1 badan beruniform-St. John Ambulans Malaysia. Nama macam nama gereja tapi tak ada pun paderi. Unit ni dikelola oleh seorang guru penasihat berbangsa cina dan seorang pegawai turus kawasan berbangsa India dan ajk-ajk adalah berbilang bangsa daripada kalangan aku dan kawan-kawan.

Ketua kami masa tu adalah sahabat merangkap saudara aku yang baru-baru ni pada 17 April 2009 telah ditemuramah dalam rancangan Blog@1 anjuran RTM. Memang berkaliber dan bertokoh dia dari dulu-dulu kala lagi.

Jadi, apa yang menariknya di zaman sekolah aku tu tak ada mana-mana kaum mendominasi kaum lain. Kami bermain bersama, belajar bersama dan buat aktiviti bersama. Malah kami bersaing secara sihat dalam pelajaran. Dan ironinya semangat itulah yang aku bawa hingga sekarang.

Masa itu memang nampak jelas Satu Malaysia tapi sepuluh tahun selepas aku tinggalkan alam persekolahan, aku lihat Malaysia ni dah jadi macam-macam. Pada pandangan dan pengamatan aku, suasana politik yang menyumbang kepada perubahan slogan tersebut.

Apa pun, aku rindu pada Satu Malaysia versi 90an.

Rabu, 15 April 2009

HARI INI : ANTARA POLITIK DENGAN AGAMA

Lama aku tak menjengah ke blog aku ni. Terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti serta program-program untuk para belia dan beliawanis negara.

Namun begitu aku tidaklah memekakkan telinga atau membutakan mata terhadap senario politik negara kebelakangan ni. Macam-macam yang pelik melik yang entah apa-apa entah.

Cuma yang aku tertanya-tanya pada orang-orang kita, MELAYU, apakah 'anutan' kita yang sebenarnya hari ni? Adakah Parti Politik atau Islam?

Kenapa aku terpikir begitu?

Cuba kita tengok, orang Melayu hari ini lebih sanggup 'berperang' demi mempertahankan anutan Politik masing-masing tapi berdiam diri bila Agama Islam dipermain-main, diperkecil, diperlekeh dan sebagainya.

Andainya ada yang melukis di atas kertas Wajah Allah S.W.T dan menyatakan itulah rupa tuhan kita, rasanya tak berapa kerat yang sanggup berperang tapi jika Bendera Parti Politik di usik, wah, bukan main hebat perangnya.

Jadi, di mana pegangan kita yang sebenarnya?

Renung-renungkanlah wahai umat Muhammad S.A.W.

Ahad, 18 Januari 2009

BN KECUNDANG LAGI

Pas bergembira, BN berdukacita! Apalah agaknya dosa para pemimpin BN hari ini hingga dari masa ke semasa semakin ditolak oleh rakyat. Pada pandangan aku mungkin ini sebabnya :

  1. Kebanyakan wakil rakyatnya buat kerja ikut musim. Bila dah dekat-dekat nak pilihan raya, nampak.........la muka toya mat amin diorang masuk kampung..... Lepas menang pilihan raya, ilang.
  2. Apa dia koridor-koridor yang sibuk dilaung-laungkan? Kat rumah aku saja ada 2 koridor di depan dan belakang. Haram tak nampak hasil pun koridor diorang...
  3. Ekonomi dalam negara makin teruk walau hakikatnya orang nombot 1 diorang dok laung kata ekonomi kita ok...ada pertumbuhan. Tapi aku tengok saham Public Mutual aku makin hari makin menurun...
  4. Petrol... Indonesia yang kononnya miskin tu dijual pada harga RM 1.37 seliter. Kita yang kononnya ekonomi stabil jual pada harga... Tun Mahathir dah sekolahkan berjuta rakyat Malaysia hingga ke over sea, jadi...tak payahlah ahlil-ahlil politik dok goreng dan menang.
  5. Kata kononnya banyak jawatan kosong dalam sektor kerajaan, tapi cubalah suruh adik-adik sepupu sepapat kita minta tengok. Macam-macam ujian dia bagi...so?
  6. Dulu, taukeh-taukeh cina tak mengeluh dalam perniagaan, tapi sekarang? Undi diorang adalah kedua terbesar lepas bangsa kita. Kaum cina ni mudah je, senang idup diorang, senanglah dia support gomen kita. Bukan la bermaksud nak suruh bela diorang.
  7. Ahlil-ahlil politik dalam UMNO sendiri asyik berbalah. Pakat dok londeh kain baju kawan-kawan sampai rakyat jelata naik meluat tengok. Pun satu hal gak. Masa Tun Mahathir dulu mana ada budak-budak UMNO berani bertojai. Awal-awal kena terajang dengan orang tua tu.
  8. Pendatang asing? Last-last sekarang kita yang rasa terasing.

Jadi, inilah antara pendapat aku daripada yang beribu-ribu lemon. Kita sembang-sembang kedai kopi je lah... Tapi yang di kedai kopi tulah yang mempengaruhi hasil pilihan raya di Malaysia.

Jumaat, 16 Januari 2009

BERDOALAH DEMI SAUDARA KITA DI PALESTIN


Geram hati aku bila dengar, baca dan lihat berita tentang kekejaman Israel laknatullah kepada saudara-saudara kita di sana. Marilah sama-sama kita berdoa dengan membaca Surah Al-Fil agar dihancurkan kaum laknatullah tu dari muka bumi Allah.

Khamis, 20 November 2008


AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..
Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya….!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

” AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
– CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA" ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca post ini. Saya harap anda akan hantar post ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Ahad, 16 November 2008

PANAS...

Sejak seminggu yang lepas, aku punya cuba dan cuba dan cuba nak akses ke dalam blog aku nih tapi gagal. Panas... Nak je aku terajang CPU PC nih tapi karang aku gak yang susah. Nak kata aku lupa password, tak mungkin. Login name pun, ghasenye aku belum lupa ingatan lagi.

Last-last aku cuba la off kan Num Lock. Barulah menjadi magic aku. Cilakak btol. Maklumlah dah sebulan aku tak akses blog nih, sibuk dengan program-program perkhemahan dan motivasi pelajar.

Khamis, 25 September 2008

JEMU AKU DAH JEMU

Sejak selesai Pilihanraya ke-12 pada Mac lalu, setiap hari hinggalah hari ini, para pemimpin, ahli-ahli politik kita sibuk dengan promosi demi promosi merebut pangkat dan jawatan dalam parti terutamanya parti kerajaan yang memerintah.

Bukalah surat khabar, setiap hari tak sudah-sudah dengan kisah pencalonan, pencalonan, pencalonan untuk jawatan itu dan ini. Sibuk dan bersungguh-sungguh.

Apa kerja yang mereka buat kepada rakyat? Kerja-kerja mereka terhadap kebajikan para pengundi digalas oleh media tak kiralah sama ada media cetak atau media elektronik.

Kalau begini lebih baik media sahaja yang bertanding dalam pilihanraya.

Jemu, aku dah jemu.